‘Apa Yang Dilakukan Itu Tidak Boleh Dimaafkan’ – Ibu Muhammad Adib
Betapa remuknya hati seorang ibu anak yang menjadi harapan keluarga kini pergi buat selamanya. Tambah memilukan apabila mangsa meninggal dunia akibat kekejaman orang lain.
Artikel berkaitan : ‘Saya Akan Beritahu Anak Saya Betapa Baiknya Kamu’
Ibu Muhammad Adib ketika ditemui mahu mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan. Dia juga mahu melihat sendiri wajah individu yang tergamak meragut nyawa ketika anaknya itu sedang bertugas untuk negara.
Nak mereka dibawa ke muka pengadilan
Ibu, Asma Aziz ketika ditemui di Kampung Tebengau Tepi Laut, Alor Setar memberitahu dia mahu individu yang terlibat dibawa ke muka pengadilan. Dia juga mahu melihat sendiri muka mereka yang sanggup membunuh anaknya itu.
Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu… sampai bunuh anak saya.
Saya nak depa (mereka) dibawa ke muka pengadilan. Apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan.
Tambahnya lagi, dia berharap supaya ‘mereka’ dibawa ke muka pengadilan dan kematian anaknya dapat dibela.
Menghargai keprihatinan yang diberi ramai pihak, ibu turut menzahirkan rasa terima kasih.
Rasa berterima kasihlah namun sampai sekarang saya tak boleh tengok berita mengenai Adib (di laman sosial)… saya tak sanggup lagi.
Kalau cuti dua haripun arwah akan pulang ke rumah menaiki keretapi atau bas sebab arwah memang rapat dengan keluarga.
Kalau musim menanam padi tiba, arwah akan menghubungi bapanya untuk mengambil cuti dan membantu di sawah.
Dalam keadaan sebak, ibu Allahyarham mendedahkan anaknya itu amat rapat dengan keluarga malah akan pulang ke kampung untuk membantu mengerjakan sawah setiap kali musim menanam padi tiba.
Mengakui tidak dapat tidur malam kerana merindui Muhammad Adib, ibu masih tidak tahu sama ada mahu menukar majlis perkahwinan kepada kenduri tahlil memandangkan masih terlalu bersedih.
Sumber : Harian Metro
No comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.