Boleh Merokok Di Premis Makanan Tapi..
Kalau sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan larangan merokok akan mula berkuatkuasa bermula 1 Januari 2019. Menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad , hal ini bertujuan mewujudkan tempat makan awam yang selamat dan tidak berisiko kepada perokok pasif.
Artikel Berkaitan : Larangan Merokok Di Premis Makanan Muktamad – Menteri Kesihatan
Terbaru, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye mengeluarkan kenyataan baru dengan membenarkan perokok merokok di restoran dengan syarat yang ditetapkan.
Kita faham perokok
Kita faham juga mengenai hak perokok ini , jadi kita benarkan mereka merokok 10 kaki (tiga meter) dari premis berkenaan.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, perokok masih boleh merokok di tempat awam dan restoran terbuka dengan syarat ditetapkan. Mereka dibenarkan merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari premis makanan.
Peraturan baharu itu juga menetapkan pengusaha dan pemilik kedai makan dan restoran perlu menaikkan tanda larangan merokok selain tidak menyediakan kemudahan untuk merokok seperti bilik khas merokok dan bekas membuang puntung rokok.
Mendidik masyarakat berhenti merokok
Kita mahu peraturan larangan ini dilaksanakan bagi mendidik masyarakat berhenti merokok.
Namun, jika ada perokok yang berdegil dan pengusaha kedai makan dan restoran yang masih mengulangi kesalahan maka mereka akan terus di saman.
Terdahulu pada sesi taklimat, Dr Boon Chye berkata tindakan ini diambil bagi memberi peluang kepada perokok tegar. Tambahan, kementerian mengambil maklum isu itu dan memberi jaminan pengusaha kedai makan dan restoran tidak akan dikenakan tindakan atas kesalahan perokok yang degil.
Justeru, katanya pengusaha kedai makan dan restoran boleh menghubungi talian ‘hotline’ 03-388942530 yang beroperasi 24 jam untuk membuat aduan.
Demi menjaga kesihatan
Kementerian Kesihatan menghargai sokongan dan kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan pewartaan ini demi menjaga kesihatan rakyat keseluruhannya.
Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bakal dikuatkuasakan Januari tahun depan yang mana mereka melanggarnya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Sumber : Berita Harian
No comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.