[FOTO & VIDEO] Setahun Bercinta, Kaka Azraff Sah Bergelar Isteri Malam Tadi
Penyanyi Kaka Azraff mendapat tumpuan media apabila fotonya yang dikatakan bertunang awal bulan ini tersebar di laman sosial. Namun, penyanyi Bukan Hal Aku itu enggan memaklumkan tarikh tepat tarikh pernikahannya kepada media.
Tidak sampai sebulan, anak buah Ratu Rock Negara, Ella itu selamat dinikahkan dengan ahli perniagaan, Adam Azriff pada jam 9.35 malam di kediaman Kaka di Klang.
Sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz
Kaka dan Adam dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dengan berwalikan bapa saudaranya, Nor Izam Aminuddin dan menerima mas kahwin berjumlah RM300. Majlis berkenaan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pihak.
Pasangan itu mengambil masa setahun menjalin hubungan cinta sebelum mengambil keputusan melangkah ke gerbang perkahwinan. Dalam pada itu, Kaka menerusi kenyataannya kepada Berita Harian mengatakan foto yang viral sebelum ini adalah majlis merisik dan bukan majlis bertunang seperti disangka.
Ayu berkebaya klasik Melayu
Akhirnya sempurna
Turut diserikan dengan persembahan Azharina Azhar
Air mata gembira akhirnya bergelar isteri
Sumber: Berita Harian, Kaka Azraff, Shafiq Shahar
No comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.