Gara-Gara Tunjuk Thumbs Up, Gadis Ini Nyaris Kena Parang

Kes buli jalan raya kini dilihat semakin berleluasa di Malaysia. Ada kes yang dilaporkan, ada juga yang dibiarkan begitu sahaja kerana bimbang akan diapa-apakan oleh si pembuli.

Baru-baru ini telah tular di laman sosial satu rakaman video dari seorang gadis yang mendakwa dirinya hampir dicederakan oleh pemandu tidak bertanggungjawab. Kejadian cemas itu dikongsikan di akaun Twitter miliknya.

Simpan parang dalam kereta

Video yang berdurasi selama 15 saat itu menunjukkan seorang lelaki keluar dari keretanya bersama sebilah parang gara-gara bengang dengan gadis tersebut.

Tiba-tiba dia laju & cucuk kereta I

Menurutnya, pemandu lelaki tersebut memecut dan mengekori kereta gadis tersebut dengan rapat ketika dia ingin bertukar ke haluan kiri. Akibat bengang dengan perbuatan lelaki di belakangnya, gadis itu menunjukkan simbol tangan thumbs up melalui tingkap.

Dia berani sebab aku ni perempuan

After I record baru dia patah balik

Kejadian yang dikongsikan oleh gadis ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen dengan sikap pemandu lelaki yang berlagak samseng tersebut. Mereka menasihati gadis tersebut agar membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian itu berulang.

Laporkan terus ke balai polis

Sementara itu, ada juga netizen yang tidak setuju dengan perbuatan gadis itu yang dikatakan membangkit kemarahan pemandu lelaki sehingga dia mengeluarkan parang.

Patutnya kau jangan layan dia

Sumber: @tertidurr

No comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.