Hanya Di Hujung Jari, Kini Anda Boleh Menempah Segala Khidmat Spa Di Rumah

Tiada yang mustahil sekarang ini, bahkan anda boleh bawa khidmat spa terus ke rumah anda dengan hanya melakukan tempahan di sini.

 

[caption id="attachment_122037" align="aligncenter" width="640"] Gambar : Sentuh[/caption]

 

Boleh dikatakan ia merupakan khidmat spa ke rumah yang pertama di Malaysia, SENTUH adalah solusi buat permasalahan masalah masa buat golongan yang kini sibuk dengan kerjaya masing-masing tetapi memerlukan khidmat urutan dan terapi.

 

Demi untuk mencapai segala kemahuan ramai dan menyediakan servis kualiti spa terbaik, SENTUH bawa terapi profesional serta menjanjikan pengalaman mewah sama seperti di spa ke lokasi anda sendiri yang mana berada di comfort zone anda tidak kira di rumah, hotel mahupun di pejabat.

 

Hanya dengan beberapa langkah ringkas dan cepat menggunakan laman web SENTUH, (aplikasi SENTUH akan menyusul tidak lama lagi) terapi boleh menerima permintaan pelanggan dengan butiran seperti jenis servis, masa dan lokasi.

 

SENTUH buat setakat ini menerima permintaan di sekitar Lembang Klang dan merancang untuk meluaskan lagi servis mereka ke bandar lain. Platform servis atas talian ini pada mulanya memfokuskan pada servis urutan tradisional dan terapi wajah. Namun, akan datang pada  tahun 2019, SENTUH akan menambah variasi servis termasuklah bekam, pra-hamil dan proses pantang, urutan buat mereka yang bersukan dan fisioterapi.

 

SENTUH mensasarkan untuk hire seramai 100 orang terapi pada tahun hadapan dan mahu mendidik golongan muda serta B40 untuk menjadi terapi profesional sekaligus menambah pendapatan mereka. SENTUH telah pun menubuhkan proses training dan pasukan penyokong untuk memberikan modul training terbaik kepada terapi mereka.

The post Hanya Di Hujung Jari, Kini Anda Boleh Menempah Segala Khidmat Spa Di Rumah appeared first on EH!.

No comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.