Item pelengkap gaya semua situasi
Wanita sering mengalami situasi dilema untuk menyarungkan aksesori tambahan seperti kasut dan beg bagi menyempurnakan fesyennya. Kebiasaanya apabila menemui jalan buntu dek tidak pandai menyuaipadankan barangan sedia ada, jalan mudah diambil iaitu mengeluarkan duit poket lagi semata-mata mahu tampil menawan dalam sesuatu acara dan ketika. Di sini, pembaziran sudah pun berlaku.
Sebelum membeli belah beg atau sepatu yang anda inginkan, pastikan beberapa ciri ini ada pada item tersebut. Ini bagi memastikan ia mudah untuk dihimpunkan bersama persalinan pelbagai acara.
- Hadir daripada warna tanah atau pastel.
- Rekaan kasut atau beg tidak terlalu menonjol atau pelik.
- Pilih sesuatu yang benar-benar buat anda selesa. Ini membolehkan anda gemar memakainya berulang kali dalam pelbagai acara.
Bagi mengelakkan perkara sebegini sering berlaku, Jelita dengan kerjasama Charles & Keith menyediakan tiga tata gaya berbeza mengikut kesesuaian acara dengan hanya menggunakan beg dan sepatu yang sama.
The post Item pelengkap gaya semua situasi appeared first on Her Inspirasi.
No comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.