‘Mana Mak? Adib Nak Balik Kampung’

Tragedi menyayat hati yang menimpa anggota bomba, Muhammad Adib dalam rusuhan kuil baru-baru ini telah meruntun jiwa netizen. Beliau yang parah akibat dipukul ketika bertugas itu malam tadi telah menghembuskan nafas terakhir.

Artikel berkaitan : Rakan Seperjuangan Kongsi Video Sambutan Hari Jadi Adib Undang Sebak

Datuk saudara, Mohd Syukur, memberitahu mereka sekeluarga tidak putus-putus berdoa akan kesembuhan Adib. Malah, semasa mendapat berita pemergiannya mereka baru sahaja selesai membaca Yasin.

Tak sangka ini akan terjadi

Menerusi perkongsian di Harian Metro, Mohd Syukur memberitahu sempat menjaga Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN) selama seminggu. Allahyarham ketika itu sempat bertindak balas dan menulis di papan hitam mahu pulang ke kampung.

Arwah menulis di papan hitam yang dia hendak balik ke kampung dan tulis tanya mana mak? Sebab waktu itu dia tidak dapat bercakap disebabkan banyak wayar di badannya selain keadaannya yang agak lemah.

Saya tak sangka perkara ini akan terjadi malah kami sekeluarga tidak putus berdoa dengan mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat Hajat supaya dia kembali pulih namun dia pergi jua akhirnya.

Malah, dia pernah bergurau akan menyelamatkan mereka sekeluarga jika berlaku kemalangan memandangkan dia anggota bomba.

Adib pernah bergurau, kalau berlaku kemalangan ketika majlis bertandang ke rumah bakal isterinya nanti, dia sendiri akan bantu memotong kenderaan untuk menyelamatkan kami sebab dia anggota bomba.

Dia juga baru membeli sebuah Perodua Myvi dua bulan lalu yang ditinggalkan di sini untuk memudahkan mereka bertandang ke rumah bakal isterinya ketika majlis perkahwinannya nanti.

Tambahnya lagi, persiapan kahwin yang akan berlangsung Ahad ini sudah 80 peratus siap. Namun segala-galanya bertukar menjadi kenduri tahlil.

Allahyarham seorang pendiam dan sangat baik, ketika pulang ke kampung bulan lalu, dia banyak habiskan masa memancing dan berjalan sekeliling kampung.

Sumber : Harian Metro

No comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.