Pemilik Akaun Dakwa Wang ‘Lesap’ Walaupun Tiada Transaksi, Ini Kenyataan CIMB
Beberapa hari ini, viral di media sosial isu kehilangan duit daripada akaun pelanggan CIMB Bank Berhad. Mereka mendakwa sejumlah wang telah ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab malah akaun mereka juga dapat diakses meskipun password tidak tepat.
Menerusi kenyataan media, pihak CIMB menegaskan sistem portal perbankan dalam taliannya, CIMBClicks, kekal selamat dan terjamin serta semua transaksi pelanggan terus dilindungi.
Kenyataan media CIMB Berhad
Prihatin dengan isu viral di media sosial, CIMB Bank Berhad menerusi kenyataan media di lawan web rasmi memberitahu sistem perbankan dalam talian CIMBClicks kekal selamat. Malah, semua transaksi pelanggan terus dilindungi.
Tambah CIMB lagi pada hujung minggu lalu, pihaknya mengambil langkah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.
Selain daripada memastikan sistem kini boleh menerima kata laluan lebih panjang daripada lapan aksara sehingga 20 aksara, CIMB turut menambah langkah keselamatan reCaptcha ke atas CIMBClicks bagi memastikan pengguna itu bukanlah robot laman web.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian +60 3 6204 7788.
Sumber : CIMB
No comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.