Penginapan Refleksi Kota Kosmopolitan

Teks : Razin Mohd

 

Di sebalik pemandangan pencakar langit yang spektakuler dan diinspirasi daripada ilham tropikal, W Hotel tampil dengan keunikannya yang tersendiri.

 

 

Pembukaan W Hotel bersebelahan KLCC mengubah panorama Kuala Lumpur dengan satu persepsi yang jauh lebih urban, solid dan eksklusif!  Saat memanjangkan langkah ke sini minda terus jadi tenang biarpun sedang berada di tengah kota yang sudah semestinya sibuk sepanjang hari. Ini bukan kerana aroma dan dekorasi dalaman yang urban bersama percikan warna neon, tetapi sambutan yang mesra dari penyambut tetamu juga mainan lagu  R&B chill yang menenangkan.

 

W Hotel sememangnya sudah jadi satu tempat penginapan yang popular serata dunia, siapa sahaja yang pernah menginap di W Hotel pasti mahu kongsikan keindahan pengalaman mereka di sini menerusi media sosial mahupun perbualan, sentiasa buat pengunjung rasa teruja, ternyata menginap di hotel urban ini bukan sahaja memberi pengalaman bermalam yang selesa tetapi juga membentuk gaya hidup urban yang eksklusif!

 

Sama seperti W Hotel lain, W Hotel Kuala Lumpur juga dibangunkan dari identiti budaya dan kekayaan hutan hujan tropikal yang mengagumkan, tidak juga dilupa motif batik yang disulam besi yang dijadikan dekorasi utama diruang Porte-cochére. Kesemua item dekorasi dalaman tampil dengan reka bentuk yang tersendiri, walaupun mengambil inspirasi tradisi dan budaya Malaysia, rekaan dalamannya kekal eksklusif dengan suasana futuristik.

The post Penginapan Refleksi Kota Kosmopolitan appeared first on EH!.

No comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.