‘Saya Mudah Rapat & Mesra..’ – Wanita Itu Hantar Tanda ‘Love’, Suami Elvina Mengaku Bersalah
Hari ini kecoh isu rumah tangga pelakon Datin Elvina Mohamad bersama suaminya yang didakwa diganggu orang ketiga. Walau bagaimanpun, wanita yang dituduh itu tampil mempertahankan diri.
Artikel Berkaitan : ‘Berani Kerana Benar’ – Kecewa Dituduh ‘Kacau’ Suami Selebriti, Wanita Ini Tampil Pertahankan Diri
Terbaru, Datuk Haniff Borhan suami kepada pelakon itu dalam satu kenyataan di Facebook miliknya mengakui isu ini timbul adalah kerana kesalahannya sendiri.
Saya yang salah
Isteri saya dan wanita itu tidak salah dan yang salah adalah saya kerana tidak menerangkan betul-betul perkara yang berlaku. Selepas kes ini kecoh di media, saya ada menghubungi pihak wanita itu untuk menjernihkan ketegangan.
Tetapi bila kawan-kawannya mendesak, mengeluarkan kenyataan yang bodoh, membakar lagi sentimen membenci antara kami. Isteri saya sudah menerima permohonan maaf saya kerana masalah ini saya yang cipta.
Menurut Datuk Haniff, pada awal dia beranggapan wanita itu mendengar permohonan mereka untuk berdiam. Isu ini adalah bersifat salah faham antara dua pihak.
Menerusi perkongsian usahawan muda itu, beliau mengakui pernah menghubungi wanita itu melalui laman sosial untuk berbincang mengenai skim insurans untuk anak mereka, Karl Marteen. Bagaimanapun, perbualan itu disalah erti apabila wanita itu menghantar tanda berbentuk ‘LOVE’ kepada Haniff.
Saya mudah rapat dan mesra
Ya, saya ada DM (direct message) dengan wanita itu dan boss dia juga kenalan saya. Rumusannya, saya mudah rapat dan mesra dengan sesiapa pun. Love itu ditujukan kepada anak saya kerana dia comel dan wanita itu berhasrat mahu menjaga berkenaan insurans Karl Mateen.
Haniff turut mendedahkan perbualan mereka bermula bila wanita itu memuat naik status menjual insurans kepada umum. Selepas berborak, beliau menghantar gambar anaknya yang baru lahir dan wanita itu pun membalas dengan emotikon ‘LOVE’.
Sumber : Harian Metro
No comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.