‘Selamba Kongsi Gambar Bogel Sendiri’ – Wanita Diperangkap Bekas ‘Pelanggan’, Hutang Along RM15k

Akibat menanggung beban hutang yang dibuat bekas ‘pelanggan’, seorang wanita kini menjadi buruan ceti haram. Ketika membuat aduan kepada Pengarah Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Azman Kang, wanita ini memberitahu episod hitam hidupnya bermula selepas berpisah dengan suami 4 tahun lalu.

Diperangkap

Sekadar gambar hiasan

Menerusi Harian Metro, wanita yang dikenali sebagai Nazilah ini sama sekali tidak menyangka akan terperangkap apabila lelaki tersebut menggunakan namanya untuk membuat pinjaman along sebanyak RM15k.

Dia juga berdepan dengan risiko gambar bogelnya akan tersebar.

Saya rasa ini adalah kafarah (balasan) ke atas dosa-dosa selama ini termasuk mengabaikan ibu bapa dan keluarga semata-mata mahu mencari keseronokan.

Terlalu berdosa rasanya apabila mengingatkan bagaimana saya dengan selamba berkongsi gambar bogel sendiri kepada puluhan lelaki hanya kerana inginkan duit.

Bayaran saya memang lumayan tetapi masih belum cukup untuk melangsaikan hutang along berjumlah RM1,500 seminggu.

Lelaki yang menipu saya itu pula menghilangkan diri dan gagal dihubungi. Sekarang dalam ketakutan kerana diugut oleh along.

Anggap sebagai ‘lubuk duit’

Sekadar gambar hiasan

Sejak berpisah dengan suami 4 tahun lalu, wanita ini memberitahu cuba mencari keseronokan untuk mengubati kekecewaan namun akhirnya memakan diri. Dia kini berasa sangat berdosa dan menyesal atas perbuatan berkongsi lebih 200 video lucah.

Saya beritahu keluarga saya bekerja sebagai kerani dan kerap kerja lebih masa sampai tengah malam.

Setiap hari saya menjadi semakin ketagih untuk melakukan hubungan intim dengan lelaki sehingga lupa dosa pahala.

Kerana seronok saya langsung tidak memikirkan untuk bertaubat kerana ia adalah punca pendapatan yang agak lumayan.

Saya anggap ia sebagai ‘lubuk’ duit kerana mendapat bayaran antara RM200 hingga RM300 daripada lelaki melanggan saya.

Memang ramai yang bayar saya, ada yang meminta saya buat aksi ghairah dan saya turutkan saja kerana duit.

Sementara itu, Azman Kang berkata bagi kes Nazilah, pihaknya akan berbincang dengan along untuk menjadualkan semula pinjaman. Tambahnya lagi sejak awal tahun ini, mereka menerima lebih 200 aduan pinjaman dibuat orang ketiga.

Sumber : Harian Metro

No comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.