‘Semua Persiapan Dah Siap’ – Hajat Pelumba Bawa Ibu Bapa Tunai Umrah Tidak Kesampaian

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ, Mohd Hafiz Nor Azman semalam meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan di Bandar Penawar Johor. Rakan sepasukannya dari Terengganu, Ahmad Afif Amran terlebih dahulu melanggar papan penghadang iklan litar kemudian disusuli Hafiz.

Menerusi Utusan Online, kakak memberitahu hajat Hafiz untuk membuat ibu bapa menunaikan umrah Januari ini tidak kesampaian. Malah dia turut menyatakan perlumbaan kali ini adalah perlumbaan terakhir.

‘Ini last race aku’

Rakan Nurhan Md. Nayan, memberitahu ketika menemui Hafiz minggu lalu, Allahyarham ada menyebut perlumbaan kali ini merupakan perlumbaan terakhir yang disertainya. Tambah Allahyarham lagi, dia akan melakukan terbaik untuk mendapatkan kedudukan ketiga keseluruhan CP150.

Banyak kali dia sebut yang ini last race dia. Dia nak buat yang terbaik dan tidak sangka yang ini betul-betul perlumbaan terakhir dia. Kami terkejut sangat dan tidak sangka dia dah tiada.

Hajat bawa ibubapa Umrah tidak kesampaian

Kakak sulung, Nor Shaziela turut terkilan hajat Allahyarham untuk membawa ibu bapanya menunaikan umrah Januari ini tidak kesampaian apabila dia ‘pergi’ terlebih dahulu.

Dia memang berhajat bawa mak dan abah ke umrah, dia memang beritahu awal-awal kepada kami. Semua persiapan telah siap dan tak sangka hajat dia tak sampai.

Semasa kejadian, saya menonton perlumbaan tersebut dan fikir dia tidak apa-apa sebab nampak dia bangun selepas terjatuh. Emak pun beritahu Hafiz selamat.

Emak cakap, mereka pergi ke sana (Johor) bertiga (bersama ayah), tidak sangka balik semula ke sini (Ipoh) berdua.

Sumber : Utusan Online

No comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.