Alami Suasana Seperti Spa Mewah Di Rumah Sendiri

Bayangkan berada di dalam suasana spa yang mewah sambil diurut oleh tukang urut profesional. Kini dengan Sentuh.my , anda boleh merasai suasana tersebut di rumah anda sendiri tanpa perlu keluar dan melalui kesesakan jalan raya hanya untuk mendapatkan rawatan spa yang terbaik.

Sentuh adalah satu perniagaan yang baru sepenuhnya milik bumiputra yang menghubungkan pelanggan dengan terapis kesihatan yang terlatih. SENTUH mendekati pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan spa dan terapi di rumah, hotel atau pejabat di samping mengekalkan pengalaman mewah seperti di pusat spa.

Anda hanya perlu membuat tempahan yang mudah dan cepat menggunakan laman sesawang dan aplikasi di telefon pintar yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Terapis di Sentuh.my akan mendapat notifikasi tempahan dan maklumat yang diberikan oleh anda seperti lokasi, masa dan jenis perkhidmatan. Seterusnya, terapis akan mengesahkan tempahan dan bersedia dengan kelengkapan spa untuk berkunjung ke destinasi yang ditetapkan oleh anda sendiri.

Sentuh memulakan operasi dengan menumpukan perkhidmatan penjagaan kulit muka dan urutan badan di sekitar Lembah Klang dan dalam persediaan untuk mengembangkan perkhidmatan ke bandar lain dan bakal melancarkan beberapa perkhidmatan baharu pada awal tahun hadapan seperti bekam, urutan sukan, pra-natal, pasca-natal dan fisioterapi.

Mensasarkan 100 orang terapis pada tahun 2019, Sentuh juga komited untuk melatih terapis muda dari kalangan B40 dan mahu memastikan mereka berjaya menambah pendapaan malah membina karier baharu sebagai terapis profesional. Untuk itu, Sentuh telah mewujudkan unit latihan dan pembangunan bagi memastikan latihan terbaik dan menyeluruh secara berterusan dapat diberikan kepada terapis.

Sentuh juga berharap lebih ramai terapis lelaki akan menyertai Sentuh bagi memenuhi kehendak pasaran dari golongan lelaki. Pelanggan lelaki mengalami kesukaran untuk mendapatkan servis spa kerana industri ini kian didominasi oleh golongan wanita. Masih ada ramai terapis lelaki yang berbakat di luar sana tetapi mempunyai kekangan ruang untuk membina karier dan sering terikat dengan stigma bahawa profesyen ini hanya untuk wanita.

Layari www.sentuh.my atau lawat laman sosial sentuh di facebook; sentuh MY dan Instagram; sentuh.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang SENTUH.

The post Alami Suasana Seperti Spa Mewah Di Rumah Sendiri appeared first on Her Inspirasi.

No comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.