Lelaki Tumbuk, Ludah Pemandu Bas Disaman RM1000
Gara-gara berang kerana tidak dibenarkan menaiki bas, seorang lelaki menumbuk dan meludah pemandu bas Rapid Penang tersebut. Video kejadian yang berlaku di Lebuh Macallum beberapa hari lepas telah tular di media sosial.
Terkini, suspek terbabit telah disaman sebanyak RM1000 oleh Mahmakah Majistret selepas ditahan pada malam kejadian.
Diberi kelonggaran hukuman
Lee Chee Wee, mengaku bersalah atas tindakannya yang sengaja mencederakan pemandu bas kerana enggan membuka pintu ketika bas tersebut berhenti di lampu isyarat. Akibat bengang, Lee berjaya membuka pintu bas sebelum menumbuk pemandunya.
Kes tersebut disabitkan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda hingga RM2000.
Bagaimanapun, Lee telah diberi kelonggaran hukuman selepas dia memberitahu pendapatan bulanannya cuma RM1600 sebulan dan perlu menyara kedua-dua orang tuanya.
Video kejadian
Kejadian di Lebuh Macallum, Pulau Pinang sekitar jam 8.30 malam tadi. Kapten bas Rapid Penang cedera di muka akibat ditumbuk oleh seorg lelaki. Suspek berang kerana pintu bas tak dibuka (tak dibenar masuk) kerana ketika itu bas sdg berhenti di lampu isyarat merah. pic.twitter.com/ZUrkPuBr6j
— MyWatch (@My_CrimeWatch) December 15, 2018
Bas tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Bandar Seri Pinang menuju ke Komtar. Pemandu bas enggan membuka pintu kerana ia bukan tempat perhentian.
Setelah ditumbuk dan diludah, pemandu bas mengunci pintu bas dan terus menuju ke Balai Polis Lebuh Pantai sebelum Lee ditahan.
Sumber: The Star, My Crime Watch
No comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.