Arwah Adib Naik Pangkat, Terima Pampasan Kira-Kira RM200,000
Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim telah dinaikkan pangkat secara ‘Posthumus’ serta merta dari gred KB19 ke KB22 (Pegawai Bomba Kanan II).
Artikel berkaitan: ‘Esok Sepatutnya Kita Balik Kampung Untuk Wedding Kita’
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek melalui Sinar Harian menyatakan bahawa kenaikan gred ini sekaligus dapat membantu keluarga arwah mendapat bayaran pencen yang lebih tinggi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat akan menguruskan pampasan yang dianggarkan kira-kira RM200, 000 dengan segera.
Sebenarnya setiap anggota bomba telah mencarum dalam pelbagai insurans, persatuan kebajikan dan sebagainya.
Jadi kita akan segerakan demi meringankan bebanan ahli keluarga Allahyarham.
Tambah beliau lagi, kehilangan Muhammad Adib adalah satu tragedi yang amat menghibakan.
Kita sangat terharu dengan pengorbanan, sumbangan dan keberanian yang ditunjukkan oleh Allahyarham ketika menjalankan tugas, beliau sanggup mengenepikan keselamatan diri sendiri demi tugasnya.
Allahyarham Muhammad Adib memulakan tugas sebagai anggota bomba sejak 24 Ogos 2014.
Sumber: Sinar Harian
No comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.