‘Esok Sepatutnya Kita Balik Kampung Untuk Wedding Kita’
Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita sedih apabila hero negara, Muhammad Adib Mohd Kassim pergi menghadap penciptanya. Beliau yang cedera parah akibat diserang oleh sekumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada November lalu.
Artikel Berkaitan: Selamat Tinggal Adib
Terbaru, tunang arwah, Nurul Najihah meluahkan isi hatinya yang hiba, apabila mereka seharusnya melangsungkan perkahwinan mereka pada Sabtu ini terpaksa dibatalkan atas pemergian arwah menerusi Instagram miliknya.
Balik untuk wedding kita
Esok kita sama-sama cuti untuk balik kampung untuk wedding kita. Ya abang, kita balik. Kita balik sama-sama. 18/12/2018 hari kita balik drive. Tapi, orang balik juga dengan abang tapi abang dalam keadaan kaku. Tenang la kamu, setenang orang tengok kamu tadi.
Kad jemputan dah tersebar
Selepas kejadian tersebut, ramai yang melahirkan rasa hiba dan simpati terhadap apa yang terjadi serta menuntut pembelaan yang sewajarnya kepada si pelaku. Foto kad undangan mereka juga turut tersebar di media sosial.
Kami di Oh Bulan turut mengucapkan takziah buat keluarga mangsa atas pemergian arwah. Semoga Arwah Adib ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah
Sumber: Nurul Najihah
No comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.