‘Dorang Aim Mana Kita Letak Duit’ – Lelaki Ini Dedah Sisi Gelap Disebalik Keindahan Kota Paris
Kota Paris selalu digambarkan sebagai ‘Kota Romantis’ buat pasangan bercinta atau baru berkahwin. Paris juga terkenal dengan menara Eiffel, kononnya lambang cinta dan romantik. Namun, berbeza pendapat dengan salah seorang pelancong dari Malaysia ini yang mendakwa semua stereotaip itu hanya mitos belaka.
Wazli Watisin kongsi pengalaman sepanjang makan angin di Kota Paris itu dan menganggap destinasi tersebut penuh dengan tipu daya.
Paris penuh dengan tipu daya
Kota Paris yang terkenal dengan menara Eiffel, kononnya lambang cinta dan romantik. Itu mungkin pendapat sesetengah orang, bagi aku itu hanyalah sebuah metos. Realitinya kota Paris adalah kota penuh tipu daya.
Bagi aku kota Paris bukan tempat yang selamat, jauh sekali dengan istilah bersih. Paris sebenarnya dipenuhi sampah dan berbau hancing. Romantik tang mana pun aku tidak tahu, mungkin lain orang lain seleranya.
Pengalaman aku bermusafir di kota Paris bukan sesuatu yang positif. Keluar sahaja dari airport Ch De Gaulle, aku terus disajikan dengan bau hancing kencing manusia di merata-rata kawasan metro (keretapi). Aku juga dihidangkan dengan pemandangan longgokan sampah sarap sepanjang menaiki metro selama beberapa hari di Paris.
Lagi sadis, aku dicopet di kota ini. Penyeluk saku di kota ini diiktiraf di antara terbaik dunia. Aku tidak bersedia sampai tahap dunia masa tu, kerana aku juga pernah sampai di kawasan eropah timur yang dianggap jenayah tertinggi. Tiada pula aku mengalami peristiwa ngeri. Jibai punya penyangak… Minta-minta kau cirit birit makan hasil duit aku tu. Lagi bagus kalau buasir sekali..(Alhamdulillah kerana hatiku tergerak untuk menginsurankan semua yang aku bawa).
Pada rakan-rakan yang ingin mengembara, belilah insuran sebagai penyejuk hati yang lara jika ada apa-apa yang berlaku diluar jangkaan.
Yang lebih sadis, kita tidak akan nampak seorang polis pun di tempat-tempat jenayah ni. Penyeluk saku boleh minum-minum kopi selepas meyeluk. Tak perlu tenaga untuk melarikan diri. Lagi satu, pengalaman aku berurusan dengan balai polis sini macam berurusan dengan negara ketiga. Memang sangat sadis, siap polis terima report masa office hour sahaja. Kepala bejambul betul, ingat jenayah ni berlaku office hour ja ka?
Mereka menyamar sebagai orang Syria
Jangan cerita nak buat report dulu la, nak masuk sampai kaunter balai dia pun sesusah menembusi kubu hitler. Berlapis-lapis jeriji besi yang perlu dilalui, dan kau akan menempuhi soal siasat melalui interkom dalam bahasa yang sangat sukar difahami. Sejam baru tembus kaunter la kawan…tu pun kalau tembus lah. Masa ini lah aku sangat bersyukur hidup di malaysia, terima kasih sahabat-sahabat polis kita.
Kota Paris ni dipenuhi dengan Orang ‘gipsy’ yang menyamar kononnya orang Syiria. Kalimah syahadah pun tak tau. Muka macam mat salleh juga, tapi ada air muka ala-ala viking. Mereka buat pelbagai cara penipuan, target utama adalah pelancong.
Rusuhan di sini juga kerap berlaku, terutamanya hujung minggu. Dorang suka bakar-bakar. Semua benda mau dibakar, terutamanya kereta polis. Nasib kami baik, selepas melawat tugu apa ntah nama, terus berlaku rusuhan yang sangat teruk. Habis semua dia bakar.
Kalau tiada hal mustahak, maaf la.. Kota Paris bukan pilihan ku lagi. Biar lah Malaysia ‘mundur’ kalau ini lah cerminan negara ‘maju’. Banyak lagi kota negara eropah yang cantik dan selamat selain paris.
InsyAllah akan aku kongsikan catatan aku mengambara di 7 negara secara ‘backpacker’. Mana lah tau boleh dijadikan rujukan kawan2 yang ingin mengembara ‘backpacker’. Backpack sebenarnya mengajar kita erti tawakkal.
Keretapi sarang penyeluk saku
Dari sudut lain, Paris tetap ada sudut yang positif, itulah Disneyland Paris. Disneyland ni kalau tak silap hanya berapa ketul sahaja di dunia. Paris salah satu daripadanya.
Biarpun kecewa dengan kota Paris, aku teruskan juga jadual untuk melawat ke Disneyland Paris. Hotel yang aku duduk ni betul-betul area kota Paris, jadi kena beli tiket metro (keretaapi lagi, sarang penyeluk saku). Tapi kali ini semua bag dikunci, takkan pisang berbuah dua kali. AKU BERWASAPADA lebih, dalam hati kalau kali ni ada yang cuba menyeluk, memang aku rembat kepala… Memang nekad masa tu.
Tapi bau hancing tetap menyengat, tandas memang tidak kelihatan dalam station metro. Tak tau la kalau memang tandas sini halimunan, pengamal ilmu hisab je kot boleh melihat. Dalam hati memang sangat mengharapkan ada seorang dua polis yang bertugas di station metro supaya penyeluk saku ada la ‘segan’ sikit buat kerja…namun tetap yelekkkk.. Cehhh
Beli tiket metro dari mana-mana station sekitar Paris menuju ke station MARNE- LA-VALLE (DISNEYLAND) ni harga dia 7.60euro untuk seorang. Aku ada cubaan menjadi gipsy… Cuba menipu tiket beli train. Aku beli tiket 1.90euro. Sekali sampai kat gate station marne-la-alle, kena kompaun 35euro sorang daa… Ciss..rupanya dorang ni lebih bijak. Orang tamak selalu rugi. Tapi selepas buat muka 10sen.. Kami terlepas dari hukuman.. Hehe. Jangan cuba diulang ye kawan-kawan. Tak berbaloi.
Di kawasan station Disneyland ni sangat ramai orang gipsy buat onar merangkap menyeluk saku.. Menipu dengan macam-macam cara. Jangan sign apa-apa yang dihulur… Jangan terima apa-apa yang diberi. Tapi selepas masuk dalam gate DISNEYLAND. Dada lapang, dalam kawasan tu tiada malaun gipsy jibai tu.
Mereka akan buat-buat himpit kita
Macam-macam yang menarik dalam Disneyland tu. Macam-macam permainan…kira macam giant funfair la. Bermain lah seperti seorang kanak-kanak…masa dalam Disneyland… Terubat la sikit hati yang sakit dek hambatan kota cinta palsu…ahaha.
Tiket Disneyland kami beli online dari Malaysia lagi, bini yang tolong beli. Harga dalam Rm252.00 seorang. Boleh main semua permainan dalam ni. Kadang-kadang ada diskaun. Beli direct kat kaunter mahal. Pastikan tiket tu diprint dengan jelas untuk mengelakkan bar code gagal dibaca. Print guna laserjet adalah yang terbaik.
Bagi rakan-rakan yang ingin mengunakan metro di sekitar Paris atau mana-mana negara Eropah. Sila bawa bag yang ada dua zip.. Boleh dikunci… Beli je mangga kunci kedai Rm2. Elakkan masuk dalam train yang penuh..bersabar.. Biar pun tunggu lama… Sabar itu indah. Gelojoh biasa membawa padah. InsyAllah selamat. Selepas buat macam tu, penyeluk saku gagal menyeluk kami. Sentiasa berwaspada semasa mengambil gambar, jangan sesekali minta tolong ambil gambar. Gambar ntah kemana, kamera ntah kemana nanti.
Modus operandi geng-geng penyeluk saku di kota Paris ni aku telah perhatikan. Dorang akan bertenggek di kawasan yang ramai pelancong, dorang buat kerja masa puncak. Time semua sibuk nak balik.. Train penuh. Dan time ramai di kawasan spot pelancong. Contoh Eiffel Tower.
Dorang tak buat kerja sorang-sorang tapi berjemaah. Dorang akan himpit kita, kalau dalam train..malaun ni himpit kita sampai kita hilang tempat berpaut. Nanti akan ada yang buat-buat tolong ambil tangan kita…kunun supaya kita tak jatuh. Masa tu kompom kawan yang lain dah seluk tanpa sedar. Malaun ni target kita masa beli tiket train sebenarnya. Dorang aim mana kita letak duit.
Kalau kawasan luar train, akan ada sekumpulan remaja yang sangat riang.. Buat-buat gelak. Kumpulan ni akan buat-buat tak nampak kita…dan langgar kita. Dua tiga orang akan buat-buat minta maaf… Dan bangunkan kita. Percaya lah.. Masa ni duit kita mesti dah lesap.
Elakkan semua perkara di atas…anggap je kita macam ready nak perang kalau pergi PARIS.
Sumber: Wazli Watisin
No comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.